PERTEMUAN ALC KUKUHKAN LAGI HUBUNGAN MALAYSIA-BRUNEI: KM HAJIJI

PERTEMUAN ALC KUKUHKAN LAGI HUBUNGAN MALAYSIA-BRUNEI: KM HAJIJI

0
SHARE
Hajiji
Hajiji dan delegasi Malaysia beramah mesra bersama Sultan Hassanal Bolkiah selepas majlis menandatsngani MoU di Istana Nurul Iman ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan ALC tahunan itu menjadi petanda baik untuk penyatuan kerjasama yang saling menguntungkan dan menang-menang antara Malaysia dan Brunei.

Beliau berkata ini membolehkan kedua-dua negara meneruskan kerjasama meluas dalam konteks hubungan Malaysia-Brunei yang kukuh dan juga Sabah-Brunei.

Ketua Menteri mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rundingan Pemimpin Tahunan Kali ke-25 Malaysia Brunei Darrusalam, pertemuan peringkat tertinggi kedua-dua negara yang diadakan di Istana Nurul Iman, di sini, semalam.

Di ALC, pemimpin kedua-dua negara – Brunei yang diketuai oleh Sultan Hassanal Bolkiah, menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman dan Instrumen Dua Hala antara Kerajaan Malaysia dan Brunei Darrusalam.

Selain meneroka peluang baharu untuk manfaat bersama, kemajuan kerjasama dua hala sedia ada turut dibincangkan dalam pertemuan itu.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri antara lain diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan beberapa menteri kanan Persekutuan serta negeri.