Sarawak Temui RM1.25 Trilion Emas Dan Logam Berharga Guna Teknologi Kanada

Sarawak Temui RM1.25 Trilion Emas Dan Logam Berharga Guna Teknologi Kanada

0
SHARE
Amar awang
Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KUCHING, SARAWAK – Kerajaan negeri Sarawak menemui kira-kira RM1.25 trilion nilai emas, nadir bumi, bauksit dan logam berharga yang lain kata Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Jabatan Geologi negeri itu menemui sumber yang berpotensi selepas tinjauan meliputi 32 peratus daripada jumlah tanah Sarawak seluas 12.4 juta hektar.

Amar Awang berkata, kerajaan Sarawakbercadang untuk meninjau 30 peratus lagi tanah Sarawak.

“Terdapat potensi besar untuk lebih banyak penemuan.

“Kami yakin dapat mencari lebih banyak deposit mineral baharu,” katanya memetik The Vibes.

Emas pada mulanya hanya ditemui di daerah Bau.

“Kami kini telah menemui simpanan emas yang besar di daerah Sri Aman dan merancang untuk menggunakan teknologi Kanada untuk memanfaatkan sumber mineral di Sarawak,” tambahnya.