Kilang Roti di Kolombong Terbakar, 80 Peratus Musnah

Kilang Roti di Kolombong Terbakar, 80 Peratus Musnah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sebuah kilang memproses roti milik Fook Yuen Cafe & Catering Sdn Bhd di Kolombong terbakar dalam kejadian tengah hari tadi, mengakibatkan kira-kira 80 peratus premis berkenaan musnah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kebakaran melibatkan kilang di tingkat satu bangunan tiga tingkat berkeluasan 60×50 kaki persegi.

Pasukan dari BBP Lintas dan BBP Kota Kinabalu tiba di lokasi pada jam 11.21 pagi dan menjalankan operasi pemadaman menggunakan tiga aliran sepanjang 200 kaki dengan lima pancutan air daripada jentera serta pili bomba berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.16 tengah hari dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.30 petang selepas memastikan tiada lagi bahaya lain.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Operasi membabitkan seramai 33 anggota bomba dengan bantuan agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Sabah Electricity.