VIDEO PROPAGANDA PARTI WARISAN BANDINGKAN KEHEBATAN  SHAFIE DAN HAJIJI TIDAK AKAN MAMPU...

VIDEO PROPAGANDA PARTI WARISAN BANDINGKAN KEHEBATAN  SHAFIE DAN HAJIJI TIDAK AKAN MAMPU PULIHKAN KEBENCIAN RAKYAT TERHADAP SHAFIE

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Selepas menularkan foto Timbalan Ketua Menteri Sabah, Dato’ Sri Bung Moktar yang sedang terlelap di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, jentera Parti Warisan sekali lagi melakukan perkara yang sama apabila menularkan pula ‘video propaganda’ perbandingan kepetahan Datuk Seri Panglima Shafie Apdal berhadapan dengan wartawan berbanding  Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Jentera Warisan Sabah menularkan foto Timbalan Ketua Menteri Sabah, Dato’ Sri Bung Moktar yang sedang terlelap di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah…

Menurut Gabugan NGO Bebas Suara (BEBAS), jentera Parti Warisan dilihat telah cuba bersungguh-sungguh memulihkan imej Shafie Apdal yang tercalar teruk di mata rakyat Sabah dengan melakukan SERANGAN FITNAH bertali arus terhadap Ketua Menteri termasuk Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kabinet Sabah.

Tindakan jentera Parti Warisan yang menularkan ‘video propaganda’ perbandingan itu disifatkan semata-mata untuk memanipulasi minda rakyat kononnya Shafie adalah tokoh yang jauh lebih hebat daripada Hajiji.

 

 

 

 

VIDEO Propaganda yang dibuat oleh jentera Warisan Sabah dengan membuat perbandingan kepetahan Datuk Seri Panglima Shafie Apdal berhadapan dengan wartawan berbanding Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor…

“Walau bagaimanapun kami cukup yakin dan percaya cara sebegini masih belum mampu menghakis dendam kesumat rakyat Sabah terhadap Shafie Apdal akibat kerosakan yang telah dilakukan terhadap Negeri Sabah.

“Sebagai sebuah NGO yang bertanggungjawab melancarkan petisen mendesak Shafie meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah (http://chng.it/sNPGzdPk) sebelum ini dan sering bersama rakyat di akar umbi, apa yang kami lihat Shafie langsung tidak mempunyai hala tuju untuk membangunkan negeri Sabah, malahan kadar rakyat miskin dan pengangguran juga semakin meningkat di Sabah.

“Sepanjang 2 tahun 2 bulan Shafie  menjadi Ketua Menteri Sabah, ekonomi Sabah telah dimusnahkan dengan teruk, malahan umum mengetahui kadar KDNK negeri Sabah pada tahun 2017 adalah yang tertinggi di Malaysia iaitu berada pada 8.2% dan malangnya selepas Shafie mengambil alih Kerajaan Negeri Sabah, kadar KDNK Sabah pada 2018 terus menjunam kepada 1.5% dan pada tahun 2019 pula, berterusan jatuh sehingga 0.5%,” kata BEBAS.

Pemerhati ekonomi pula menjangkakan kadar KDNK pada tahun 2020 mungkin akan jatuh kepada negatif 5% hingga 6%.

Menurut BEBAS lagi, “Yang amat pelik dan menghairankan pada tahun 2018 dan 2019 negara belum lagi berhadapan dengan masalah COVID-19, kebetulan pula Menteri MITI yang bertanggungjawab membawa pelabur ke Malaysia adalah Timbalan Presiden Warisan sendiri iaitu Darell Leiking, tetapi kenapa kadar KDNK Sabah telah jatuh menjunam ke 0.5 peratus (0.5%).”

“Penurunan KDNK ini jelas satu bukti yang cukup jelas bahawa Shafie Apdal adalah seorang pemimpin yang jauh lebih teruk berbanding Hajiji…

Hajiji walaupun baru beberapa bulan menjadi Ketua Menteri Sabah, tetapi rekod beliau mengemudi Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) Sabah sebelum ini telah mendapat pengiktirafan, malahan turut menerima gelaran ‘Bapa Perumahan Negeri Sabah‘.

Beberapa projek PPRT yang telah berjaya dibangunkan untuk rakyat Sabah semasa Hajiji mengemudi Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) Sabah sebelum ini

Sepanjang Hajiji menjadi Menteri di Kementerian tersebut, perumahan rumah kos rendah telah berjaya dibangunkan hampir di seluruh Sabah malahan perumahan dan flat PPRT di beberapa daerah di Sabah juga adalah hasil kerja tangan Hajiji.

Berbanding Shafie, sepanjang 26 bulan mengetuai pentadbiran Negeri Sabah, rakyat serta pemerhati ekonomi telah memberikan gelaran ‘Bapa Pengumuman’ khusus untuk Shafie.

Ini adalah kerana KEGAGALAN Shafie menunaikan janji-janjinya untuk membangunkan Negeri Sabah.

Berikut adalah komitmen dan janji Shafie kononnya pelabur dari luar negara akan datang melabur ke Sabah, malangnya sehingga Shafie membubarkan DUN tidak ada satu pun pelabur yang berjaya di bawa masuk ke Sabah;

28.09.18 -> RM2 bilion pelaburan dari China, 3,000 peluang pekerjaan.

Kenyataam Shafie pada 28 Sept 2018 yang menyatakan pelabur akan melabur RM2 bilion di Sabah dengan menawarkan 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, sehingga kini selepas 2 tahun janji Shafie hanya tinggal janji…(Sumber Foto dipetik daripada portal tempatan)

27.03.19 -> RM13 bilion pelaburan oleh Burel Industries Sdn Bhd, Petrochemical Plant di POIC Lahad Datu.

17.04.19 -> RM5.2 bilion landasan keretapi sepanjang 175km dari Kota Kinabalu ke Kudat.

Shafie Apdal melalui Peter Anthony juga pernah mengumumkan akan melaksanakan projek laluan kereta api laluan Kudat ke Kota Kinabalu bernilai RM5.2 billion, tetapi sehingga kini ianya hanya tinggal pengumuman sahaja…(Sumber foto dipetik daripada Harian Ekspress Online)

24.04.19 -> RM20 bilion MOU ditandatangani bersama oleh Ketua Menteri dan Gabenor Jiangxi, pelaburan hartanah dan industri berasas kaca dan sebagainya.

Shafie Apdal meterai MoU pelaburan bernilai RM20 bilion pada 2019, selepas hampir setahun pelabur masih GAGAL melabur di Sabah.(Foto dipetik daripada BH online)

Selain mendapat gelaran ‘Bapa Pengumuman’ Sabah Shafie juga turut diberikan gelaran sebagai ‘Bapa Sempornanisasi’ apabila membuat pelantikan Timbalan Ketua Menteri Sabah berasal dari Semporna, malahan ramai penjawat awam berstatus Pegawai yang dilantik turut berasal dari Semporna dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Shafie sendiri.

VIDEO yang ditularkan oleh netizen di mana Shafie mengakui kenapa melantik orang Semporna ke jawatan tertentu dalam Kerajaan…

“Lantikan terkini juga berasal dari Semporna selepas Shafie membubarkan DUN adalah Presiden Majlis Perbandaran Tawau iaitu Datuk Omar Mamah.

Pelantikan Omar Mamah yang berasal dari Semporna sebagai Presiden MPT dipertikaikan seolah-olah sudah tidak ada anak jati Tawau yang layak…

“Justeru keputusan rakyat Sabah menumbangkan Kerajaan Parti Warisan adalah satu tindakan yang amat tepat di mana peluang dan ruang seharusnya diberikan kepada Kerajaan GRS di Sabah memandangkan usia kerajaan ini kurang dari 100 hari berkhidmat untuk rakyat,” tambah BEBAS lagi.