
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes sembuh TERTINGGI setakat ini dicatatkan hari ini iaitu sebanyak 2,348 KES pesakit telah sembuh, demikian menurut laporan menerusi KKM menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 46,501 kes (77.5%).
Menurut laporan KKM hari ini, SABAH telah mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 1,934 KES.

Walaupun kes sembuh berada dalam angka yang baik, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 masih di paras membimbangkan iaitu sebanyak 970 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 59,817 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 12,971 kes.
DARIPADA 970 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak lima (5) Kes import, manakala 965 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 110 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 47 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, NEGERI SMBILAN menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 318 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat EMPAT (4) kes kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 345 kes (0.6%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
