TAWAU, SABAH – Nasib Calon Pakatan Harapan, Datuk Christina Liew, yang semakin goyah dalam Parti Keadilan Rakyat terjawab oleh calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Lo Su Fui.
Lo dari parti Parti Bersatu Sabah (PBS) menewaskan Christina untuk menjadi Ahli Parlimen P190 Tawau baharu dengan 19,865 undi (majoiti 3,800).
Christina mendapat 16,065 (undian) diikuti KC Chen Ket Chuin dari Parti Warisan (11,263), calon Bebas, Mohd Wallet Bacho (1,776), Herman Amdas dari Parti Pejuang (1,067) dan seorang lagi Bebas, Dato Chin Chee Syn (651).
Lo, seorang anak jati Tawau, merupakan Pegawai Khas (Hal Ehwal Tiong Sabah) kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor selain Naib Presiden Dewan Perniagaan china Bersatu Sabah.