iPhone 13 ‘Sold Out’ Dalam Tempoh Singkat Sebaik Sahaja Pra-Tempahan Dibuka

iPhone 13 ‘Sold Out’ Dalam Tempoh Singkat Sebaik Sahaja Pra-Tempahan Dibuka

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Penangan gajet terkini keluaran Apple iaitu siri iPhone 13 jelas menunjukkan siri ini mempunyai tarikannya yang tersendiri di mana orang ramai di Malaysia sanggup berbelanja besar dalam menjadi orang yang terawal mendapatkan model iPhone tersebut.

Apple Malaysia yang membuka laman pra-tempahan secara rasmi pada hari ini (1 Oktober) disambut meriah meskipun tidak banyak perubahan yang ditawarkan Apple pada kali ini berbanding model keluaran tahun lalu.

Sumber Foto: APPLE Malaysia…

Ini dapat dilihat selepas beberapa laman web yang menawarkan model terbaru ini dilihat telah mulai mengalami masalah untuk diakses yang dipercayai berikutan jumlah pembeli yang ramai yang menyerbu laman yang sama.

Dalam pada itu, laman sensawang Machines turut memaparkan pelbagai model daripada ruang storan dan warna yang berbeza sudah berjaya ditempah oleh orang ramai sehinggakan mereka tidak lagi mempunyai stok lebihan khusus buat mereka yang mahu menempah setakat pada pagi ini.

Sumber Foto: APPLE Malaysia…

Tempahan menerusi laman Apple Malaysia pula menunjukkan para pelanggan perlu menanti sehingga 5 minggu dalam mendapatkan model iPhone 13 Pro atau iPhone 13 Pro Max.

Sementara itu, Apple difahamkan bakal melancarkan model boleh lipat menjelang tahun 2023.