Pitas Tempa Nama Dalam ABR Rekod Persembahan Silat Teramai

Pitas Tempa Nama Dalam ABR Rekod Persembahan Silat Teramai

0
SHARE
Juhar
Nahalan menyampaikan sijil dan pingat Asia Book of Records sempena Persembahan Pencak Silat Paling Ramai kepada Tun Juhar (tengah) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Daerah Pitas berjaya menempa nama di peringkat Asia apabila berjaya mencipta rekod persembahan Pencak Silat Paling Ramai melalui Asia Book of Records (ABR).

Menurut Pegawai Daerah Pitas Nahalan Mehdunah, program yang melibatkan 1,000 pesilat melalui 30 persatuan itu telah dilaksanakan pada 17 Februari yang lalu di Dataran Salimpodon Pitas.

“Program ini diadakan bertujuan bagi mendekatkan masyarakat melalui seni pencak silat selain membuktikan bahawa daerah Pitas juga boleh mencipta nama di peringkat yang lebih tinggi melalui penganjuran yang bermanfaat,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.

Menurutnya, kunjungan tersebut bertujuan menjemput Tun Juhar untuk menyampaikan sijil kepada peserta yang telah menjayakan program tersebut pada satu majlis penghargaan di ibu negeri, September ini.

“Diharap dengan kehadiran Tun Juhar pada majlis tersebut akan menyuntik semangat generasi muda dan persatuan seni silat untuk terus memartabatkan seni tersebut melalui aktiviti-aktiviti yang bermanfaat,” katanya.

Hadir sama Penolong-penolong Pegawai Daerah Pitas, Lee Chun Kiat, Asdi @Mohd Faizal Hussin dan Johari Abdullah serta Pengerusi PUSPANITA Pitas Saridah Ariffin. — JABATAN PENERANGAN SABAH