Sebanyak 40 Ketua Keluarga Mangsa Kebakaran Di Tawau Terima Sumbangan Dari ADUN...

Sebanyak 40 Ketua Keluarga Mangsa Kebakaran Di Tawau Terima Sumbangan Dari ADUN Apas

0
SHARE
Sumber Foto; Bernama...

TAWAU, SABAH – Sebanyak 40 ketua keluarga daripada 158 mangsa kebakaran rumah di Lorong Haji Sundu Batu 2, Jalan Apas di sini hari ini menerima sumbangan makanan dan wang tunai daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Nizam berkata sumbangan berkenaan diharap dapat membantu meringankan beban mangsa yang ditimpa musibah.

“Kami sangat bersimpati dan prihatin dengan nasib mereka yang ditimpa musibah dan berharap mereka terus bersabar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Datuk Nizam Abu Bakar Titingan melawat tempat kebakaran rumah di Lorong Haji Sundu Batu 2, Jalan Apas, Tawau…

Setakat ini, 90 pertubuhan sukarela, ahli politik, syarikat swasta dan individu tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran termasuk penyerahan pelitup muka.

Rabu lepas, kira-kira 20 rumah musnah selain enam kereta, empat motosikal serta sebuah kedai runcit terbakar dengan bomba menganggarkan nilai kerugian mencecah RM1 juta.