Terlibat Rasuah Projek Lombong Pasir, Anak Saudara Azmin Ali Ditahan Reman 7...

Terlibat Rasuah Projek Lombong Pasir, Anak Saudara Azmin Ali Ditahan Reman 7 Hari

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KUALA LUMPUR  – Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan reman selama 7 hari terhadap seorang anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali idan tiga yang lain atas tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir.

Memetik laporan BH Online, Majistret Ainna Sherina Saipolamin membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman keempat-empat mereka termasuk anak buah Azmin, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid, 34, sehingga 6 Disember ini dan disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (B) kerana memberi suapan berkait projek lombong pasir pada 2014.

Tiga individu lain termasuk dua pengarah syarikat, seorang pengurus tapak dan seorang eksekutif syarikat pengiklanan ditahan SPRM semalam kerana terlibat dengan syarikat perlombongan pasir yang didakwa merasuah pegawai-pegawai kerajaan tempatan di Kajang pada 2014.

Difahamkan, SPRM juga membekukan beberapa akaun yang dimiliki oleh syarikat itu, melibatkan sejumlah RM4 juta.