WASHINGTON – Selepas Trump dan isteri, kini anak lelaki bongsunya, Barron Trump dilaporkan dijangkiti COVID-19.
Melania, isteri kepada Perdana Menteri Amerika Syarikat (AS) mengesahkan perkara itu pada Rabu dan kenyataan mengenainya dimuat naik dalam blog Rumah Putih.
Terdahulu, Trump dan Melania disahkan dijangkiti virus itu pada 3 Oktober lalu.
Agensi Anadolu melaporkan Barron pada awalnya diuji negatif tetapi hasil saringan berikutnya mendapati beliau positif COVID-19.
“Ketakutan saya menjadi kenyataan. Nasib baik dia masih remaja, kuat dan tidak menunjukkan sebarang gejala,” kata Melania.
Trump ketika ditanya mengenai keadaan anaknya sebelum meninggalkan Rumah Putih untuk menghadiri kempen pilihan raya berkata, Barron berada dalam keadaan ‘baik-baik saja’.