COVID-19: SEBANYAK 409 KES SEMBUH, NAMUN KES BAHARU MASIH TINGGI SEBANYAK 589...

COVID-19: SEBANYAK 409 KES SEMBUH, NAMUN KES BAHARU MASIH TINGGI SEBANYAK 589 KES DILAPORKAN HARI INI

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kes sembuh hari ini menunjukkan peningkatan yang baik apabila direkodkan sebanyak 409 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 12,014 kes (66.27%).

Namun, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian melalui rumah kediamannya memaklumkan kes positif masih tinggi sebanyak 589 KES dilaporkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 18,129 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,945 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 15 Oktober 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

DARIPADA 589 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat tiga (3) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 586 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut laporan itu juga, sebanyak 103 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 31 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM dengan dukacita memaklumkan terdapat tiga (3) lagi kes kematian direkodkan hari ini yang mana semua kes dilaporkan daripada Sabah (Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau) dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 170 kes (0.96%).

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SABAH masih penyumbang utama kes tertinggi hari ini sebanyak 340 KES daripada keseluruhan 589 KES harian hari ini…