Pertunjukan Fesyen Race Day Tampil 83 Set Persalinan Di KLFW23

Pertunjukan Fesyen Race Day Tampil 83 Set Persalinan Di KLFW23

0
SHARE
Race day
Pertunjukan fesyen Race Day dalam Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW23) - ( Sumber Foto: Ihsan Neonate & SVG Worldwide )

KUALA LUMPUR – Pertunjukan fesyen melibatkan kolaborasi dua jenama ‘streetwear’ tempatan negara, Neonate dan SVG Worldwide menampilkan 83 set persalinan yang diperagakan oleh 83 orang model dalam acara tahunan Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW23), Race Day, baru-baru ini.

Seramai lebih 3,000 orang penonton hadir menyaksikan South Track di Litar Antarabangsa Sepang.

Pertunjukan fesyen Race Day menampilkan 83 set persalinan kepada lapan jenis warna iaitu merah, oren, biru, kuning, perak, hijau, coklat dan hitam.

Pertunjukan fesyen tersebut mempunyai elemen-elemen sebuah produksi besar dengan 300 ahli orang kru menjalankan pelbagai tugas.