Hukuman Mati Buat 7 Anggota Militan Daish

Hukuman Mati Buat 7 Anggota Militan Daish

0
SHARE

KAHERAH – Tujuh orang dihukum mati oleh mahkamah di sini semalam kerana menganggotai kumpulan militan Daish dan memenggal 21 Kristian Koptik di tepi pantai di Libya pada 2015.

AFP melaporkan bahawa Daish pada Februari 2015 telah menyebarkan video di Internet menunjukkan mangsa berkenaan dipenggal yang mencetuskan kemarahan dunia dengan Mesir melancarkan serangan udara terhadap kawasan Daish di Libya.

Tiga daripada tujuh tertuduh terbabit dihukum mati secara in absentia (tanpa kehadiran mereka).

Hukuman itu masih perlu dirujuk kepada mufti besar sebelum dilaksanakan, tetapi pandangannya tidak mengikat dari segi perundangan.

Tujuh tertuduh itu didakwa menganggotai kumpulan Daish di Marsa Matruh, barat laut Mesir, dan merancang serangan selepas menerima latihan ketenteraan di kem militan di Libya serta Syria.

Nasib 13 yang lain akan ditentukan pada 25 November ini.