KUALA LUMPUR – Duit raya kepada anak pasangan selebriti Neelofa dan suami, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail, tahun ini berjumlah tahun ini sebanyak RM14,020.
Itulah dikatakan rezeki untuk anak sulung mereka Muhammad Bilal yang berumur baru setahun.
Sudah menjadi adat pada setiap sambutan Hari Raya Aidil Fitri bahawa kanak-kanak menjadi insan yang tergembira.
Ini kerana kebiasaannya mereka akan menerima duit raya daripada ahli keluarga, saudara-mara dan rumah-rumah yang dikunjungi.
Namun jumlah duit raya RM 14 ribu boleh dikatakan jumlah terbanyak diterima kanak-kanak yang berumur setahun di Malaysia setakat ini bagi tahun 2022..
Video dimuat naik Neelofa di aplikasi media sosial TikTok hari ini menunjukkan pasangan itu mengira duit termasuk mata wang asing 1000 dirham (RM 1,193).
“Dia punya duit raya kalah duit orang yang dapat duit KWSP,” kata Haikal Joe di ruangan komen.
Video berdurasi 45 saat itu mengundang pelbagai reaksi termasuk:
“Tak nak tunjuk muka anak sebab takut ada penyakit ain. Tapi tunjuk rezeki anak sampai RM 14k lagi tinggi ain rasanya,” kata pengguna Asfsxxxx.
“Ingat pesan Ustaz Wadi Anuar,” kata Zurida Abu Karim. “Salah satunya jangan tunjuk harta kita kat orang yang Allah bagi,” tambah beliau.
“Dengan duit raya tu boleh bayar hutang PTPTN,” kata pengguna bernama Stalkersiap dengan tiga emoji menangis.
Manakala, Bro RIzal pula berkata, “Untung la orang have-have ni. Anak-anak kami penuh duit seringgit saja. Apa pun kami bersyukur ke hadrat Allah SWT,” katanya.
Bekas peserta Dewi Remaja itu kini telah menjadi seorang usahawan berjaya selain membuktikan bakat beliau dalam lakonan dan nyanyian yang menjadikannya seorang jutawan pada usia muda. Neelofa kini berumur 33 tahun.






