Arab Saudi Sarankan Pemakaian Semula Pelitup Muka Kepada Jemaah Umrah

Arab Saudi Sarankan Pemakaian Semula Pelitup Muka Kepada Jemaah Umrah

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

JEDDAH – Arab Saudi menyarankan pemakaian semula pelitup muka kepada jemaah umrah yang mengunjungi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi mencegah penularan penyakit berjangkit di kawasan sekitarnya.

Menurut infografik yang dimuat naik menerusi akaun rasmi Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi di platform X pada Isnin, saranan itu dibuat bagi memelihara tahap kesihatan jemaah umrah dan para pengunjung kedua-dua masjid suci umat Islam berkenaan.

Saranan itu juga merupakan sebahagian daripada langkah pencegahan yang dikuatkuasakan Arab Saudi sejak bermulanya musim umrah 1445 Hijrah bagi warganegara dan penduduk tetap Arab Saudi serta negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).