Beberapa Kawasan Di Timur Sabah Alami Gangguan Bekalan Elektrik

Beberapa Kawasan Di Timur Sabah Alami Gangguan Bekalan Elektrik

0
SHARE
Sesb
Logo SESB ( Sumber Foto: Gambar Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Beberapa kawasan di Timur Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik pada masa ini, menurut Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) di sini.

Memetik sumber Bernama, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, ia memaklumkan kawasan terlibat antaranya Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Beluran dan Kinabatangan.

“Pihak Sabah Electricity sedang giat menjalankan usaha pemulihan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan menghargai kesabaran serta kerjasama anda.

“Kemas kini lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Sabah Electricity. Terima kasih atas perhatian anda,” menurut kenyataan itu.

Tinjauan di Sandakan dan Lahad Datu mendapati kawasan itu mula terputus bekalan elektrik kira-kira sejam lepas dan masih belum pulih setakat ini.