LAHAD DATU, SABAH – Operasi menyelamat sedang giat dijalankan pasukan Bomba di Jalan Kampung Jawa dan Kampung Betik, sini, setelah dinaiki air banjir ekoran hujan lebat tengah hari tadi.
Seramai lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu bergegas ke lokasi berjarak kira-kira 9 km sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.04 petang.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, terdapat beberapa mangsa yang sedang dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat…





