MEMBAKUT: Pengerusi Tuaran Youth Town Club (TYTC), Datuk Mohammad Ghazali Hajiji, bersama rombongan kelab itu menziarahi seorang sahabat lama di Membakut yang anaknya bakal menjalani pembedahan.
Ghazali, yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, ditemani isterinya dalam kunjungan itu.
Antara ahli jawatankuasa dan ahli TYTC yang turut serta ialah Cikgu Murkam Haji Hussien, yang juga Presiden Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS), serta Saudara Zufahil Hilmi.
Dalam kunjungan itu, Ghazali menyampaikan sumbangan kepada keluarga sahabatnya dan mendoakan agar urusan pembedahan dipermudahkan serta anak berkenaan segera sembuh.
Ziarah itu turut mempertemukan semula dua rakan sekolah berkenaan selepas sekian lama tidak bersua muka.
“Dalam kesibukan kehidupan seharian, semoga hubungan persahabatan yang terjalin sejak zaman persekolahan terus kekal erat,” katanya.






