SUKARTI KEKAL PENGERUSI SPANS

SUKARTI KEKAL PENGERUSI SPANS

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) kepada Tan Sri Sukarti Wakiman ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dilantik semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 1 Julai 2024.

Mantan Pegawai Daerah, Datuk Stephen Laison Sondoh dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, menggantikan Datuk Cladius Roman.

Daripada tujuh orang Ahli SPANS yang dilantik, dua adalah muka baharu iaitu Datuk Patrick Tan Su Teck dan Luvita Koisun.

Lima Ahli SPANS yang dilantik semula ialah Datuk Idrus Shafie, Datuk Janet Chee Ken Liam, Awang Jami @ Awang Shamsi, Ariffin Gadait dan Iman Ali.

Mereka menerima watikah pelantikan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Rabu.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Zainudin Aman dan Setiausaha SPANS, Diana Daria Amit.