Banjir Sabah Pulih, Empat PPS Ditutup Sepenuhnya

Banjir Sabah Pulih, Empat PPS Ditutup Sepenuhnya

0
SHARE
Banjir
Infografik banjir Sabah ( Sumber Foto: Ihsan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas banjir di empat daerah termasuk satu daerah kecil di Sabah telah ditutup sepenuhnya pada jam lima petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan menjelaskan tiga PPS masing-masing ditutup pada jam dua dan tiga petang tadi.

Jelas dalam kenyataan itu lagi, antara PPS yang ditutup pada jam dua petang tadi membabitkan PPS Dewan Balai Raya Kampung Tutu Selupoh Tuaran dan Dewan Balai Raya Kampung Bontoi Tamparuli.

Manakala PPS Dewan Sri Putatan pula telah ditutup pada jam tiga petang tadi sebelum disusuli PPS Dewan Kebudayaan Penampang pada jam lima petang tadi.

Media sebelum ini melaporkan empat daerah di negeri ini telah dilanda banjir dimana Penampang telah menjadi antara daerah paling terjejas akibat bencana terbabit.