SEMPORNA, SABAH – Umum mengetahui salah satu sebab utama peningkatan jangkitan COVID-19 di Sabah berpunca selepas Datuk Seri Shafie Apdal dan TYT Sabah bertegas untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa diadakan.
Jangkitan COVID-19 di Sabah ketika ini adalah di antara yang tertinggi di Malaysia, manakala daerah Semporna pula mencatatkan rekod tertinggi jangkitan di negeri Sabah.
Walaupun usaha memujuk dari pelbagai pihak telah dilakukan untuk membatalkan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ke-16 dengan alasan virus COVID-19 akan kembali mengganas khususnya di Sabah, tetapi tidak diendahkan oleh Shafie.
NGO termasuk 33 ADUN sebelum ini juga telah tampil membuat laporan rasmi ke SPRM dan Polis serta wujud tindakan menghalang pembubaran ini sehingga ke Mahkamah, namun kerana kedegilan Shafie yang tetap bertegas untuk meneruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akhirnya mengundang mala petaka besar kepada rakyat Sabah.



Ironinya apabila nasihat malahan tindakan Mahkamah dilakukan untuk membatalkan PRN tersebut, Shafie Apdal dengan tanpa rasa bersalah berkata beliau ‘sanggup mati daripada membatalkan pilihan raya tersebut’.
Akibat kedegilan Shafie itu, ramai rakyat Sabah yang telah terkorban dan yang amat menyedihkan ialah bayi berusia setahun yang tidak berdosa serta berasal dari daerah Semporna turut meninggal akibat jangkitan COVID-19 baru-baru ini.
Sejak dua (2) hari yang lalu, rakyat Malaysia dikejutkan pula dengan berita ramai rakyat di daerah Semporna telah terputus bekalan makanan, malahan maklumat yang diterima turut menyatakan ramai bayi telah terputus bekalan susu untuk diminum.

Di daerah Semporna jumlah jangkitan COVID-19 sehingga 15hb Oktober telah mencecah kepada 824 ORANG dan jumlah ini adalah yang tertinggi di Sabah ketika ini.
Beberapa buah kampung di Semporna juga telah dikenakan sekatan “lock down” sepenuhnya selepas jumlah jangkitan menunjukkan trend peningkatan yang semakin tinggi.


Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) dalam satu kenyataan selepas isu ini tular pula berkata, “harga ‘SIGNBOARD GERGASI’ dengan wajah Shafie Apdal yang telah dipasang di seluruh Sabah jelas menelan belanja sehingga berjuta-juta ringgit.

“Bendera Parti Warisan Sabah yang dipasang di seluruh Sabah juga bernilai jutaan ringgit, persoalannya kenapa Shafie sanggup membiarkan rakyat Semporna menjadi mangsa ketiadaan makanan untuk dimakan.?”

“Penduduk Semporna yang jelas mengeluh tidak ada bantuan makanan yang sampai kepada mereka dan anak-anak kecil tidak mempunyai susu untuk diminum, sepatutnya isu ini tidak timbul kerana Shafie Apdal dan Parti Warisan mempunyai sumber kewangan yang cukup banyak untuk membantu rakyat khususnya di kawasan Parlimen yang Shafie wakili.
“Di mana Shafie sekarang?, kenapa tidak bersama-sama sewaktu rakyat Semporna berada dalam waktu susah ini?.”
“Kesemua DUN di Semporna telah dimenangi oleh calon Parti Warisan Sabah pada PRN baru-baru ini, sudah tentu jasa rakyat perlu dibalas oleh Shafie dan kesemua wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat sebelum ini,” BEBAS berkata lagi.

Wartawan Sabahnews.com.my telah meneliti akaun Facebook rasmi Shafie Apdal, sehingga artikel ini ditulis kelibat Shafie menghulurkan bantuan kepada rakyat di Parlimen belum jelas kelihatan lagi.

Shafie Apdal hanya memuat naik VIDEO ucapan berunsur politik yang telah dimuat naik pada 13 Okt 2020 yang lalu.





