Pembentukan Kerajaan Negeri Terengganu Akan Dilakukan Secepat Mungkin

Pembentukan Kerajaan Negeri Terengganu Akan Dilakukan Secepat Mungkin

0
SHARE
Samsuri
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ( Sumber Foto: Laman media sosial Facebook rasmi Naib Presiden PAS )

MARANG, TERENGGANU – Proses pembentukan kerajaan negeri Terengganu, akan dilakukan secepat mungkin apabila Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Memetik sumber Berita Harian, Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata, Abdul Hadi akan memulakan proses itu dengan membawa surat daripada PAS untuk dipersembahkan kepada Tuanku Sultan, mengenai cadangan yang sepatutnya.

Katanya, beliau percaya hari ini (Ahad) akan mula proses dengan istana, tetapi tarikh sebenar bila dan sebagainya itu tertakluk kepada istana.

“Insya-Allah kita akan cuba membentuk (Kabinet) ahli jawatankuasa (EXCO) dan akan selesaikannya dalam tempoh seminggu.

“Pelantikan speaker pula masih lagi dalam pertimbangan dan kena teliti pelbagai perkara. Ini kerana kita kini menjadi parti maufakat politik dalam Perikatan Nasional (PN).

“Jadi, tentulah ada pertimbangan penambahbaikan terhadap portfolio yang perlu diharmonikan,” katanya ketika ditemui di Dewan Tok Guru, Rusila, selepas Majlis Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di sini, semalam.

Ahmad Samsuri berkata, pihaknya akan ambil masa beberapa hari untuk teliti balik kedudukan portfolio ini termasuk menyenaraikan wakil dari BERSATU.