JBPM Selamatkan 5 Sekeluarga Terperangkap Dalam Rumah Dinaiki Banjir

JBPM Selamatkan 5 Sekeluarga Terperangkap Dalam Rumah Dinaiki Banjir

0
SHARE
Kawasan perumahan mangsa yang dinaiki air banjir...

TUARAN, SABAH – Pasukan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah menyelamatkan lima (5) sekeluarga yang terperangkap dalam sebuah rumah dinaiki air banjir di Kampung Lontik, Jalan Topokon sini.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah berkata salah satu mangsa lelaki merupakan seorang pesakit strok.

“Terdapat satu (1) mangsa perempuan dan empat (4) lelaki dewasa. Pasukan bomba bertindak membawa mangsa keluar dari tempat banjir ke kawasan yang lebih selamat…

“Mereka diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” kata sumber.

Pesakit strok yang mendapat bantuan pemindahan kecemasan Jabatan Bomba Tuaran…

Panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.21 petang melalui MERS 99.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, pihak Bomba operasi ditamatkan pada 5.03 petang tadi.