ABAH DILANTIK PENGERUSI MAJLIS PEMULIHAN NEGARA

ABAH DILANTIK PENGERUSI MAJLIS PEMULIHAN NEGARA

0
SHARE
Tan Sri Muhyiddin Yassin...

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri, demikian menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini (4 Sept).

Mohd Zuki yang juga Setiausaha Jemaah Menteri berkata, pelantikan bekas Perdana Menteri yang sinonim dengan panggilan ‘ABAH’ itu telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September lalu bersetuju untuk melantik Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri…

“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Tambah Mohd Zuki, pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhyiddin di atas pelantikan berkenaan.