KOTA KINABALU, SABAH – Penurunan 125 kes dilihat pada jumlah kes harian COVID-19 hari ini jika dibandingkan dengan kelmarin dengan keseluruhan 2,279 kes.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata daerah Kota Kinabalu naik 68 kes kepada jumlah 455 manakala Sandakan naik 104 kes kepada jumlah 360.
“Kawasan perbandaran lain seperti Tuaran, Tawau dan Penampang turun dalam jumlah kes baharu hari ini…
“Sejumlah 1,340 daripada keseluruhan kes hari ini merupakan kes lewar daftar antara dua (2) dan melebihi lima (5) hari lalu,” jelasnya.
Beliau berkata terdapat trend dimana jumlah saringan kontak rapat menurun tetapi jumlah kes melalui saringan bergejala bertambah.
“Trend ini agak membimbangkan kerana ia satu petanda virus COVID-19 semakin berleluasa dikalangan masyarakat tanpa diketahui punca penyebaran…
“Hari ini peratusan kontak rapat turun kepada 54.3 peratus (1237 kes) tetapi jumlah daripada saringan bergejala naik kpd 31.1 peratus (708 kes). Kluster sedia ada pula menyumbang 164 kes,” beliau berkata.
Di Kota Kinabalu 40 peratus daripada kes hari ini berpunca dari saringan bergejala, diikuti daerah Tawau, 42 peratus, Penampang 36.6 peratus dan Sandakan 28.6 peratus.
Beliau turut menekankan bahawa Kategori pesakit 3, 4 dan 5 kekal dalam paras yg dianggap tinggi.
“Hari ini Kategori 1, 626 kes, Kategori 2, 1527 kes, Kategori 3, 20 kes, Kategori 4, 10 kes dan Kategori 5, 9 kes,” jelas beliau.
Setakat kelmarin seramai 42.4 peratus penduduk dewasa negeri Sabah telah divaksin lengkap dan 61.1 peratus lagi telah memperolehi satu dos.
Daerah Beaufort adalah daerah yang berpenduduk tertinggi melengkapkan pengambilan vaksin iaitu 89.0 peratus diikuti oleh Kuala Penyu dengan 76.6 peratus.
Satu kluster baharu, Kluster Semawang di Sandakan juga dikesan pada hari dengan jumlah 116 kes aktif.
Dalam pada itu, 19,057 kes dicatat seluruh negara pada hari ini (4 September) menunjukkan Sabah menjadi negeri KETIGA TERTINGGI di Malaysia selepas Selangor yang mencatatkan 3,775 kes baharu positif COVID-19 dan Sarawak (2,723 Kes).

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (04 September) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 455 ( 387)
Sandakan – 360 (256)
Tuaran – 202 (232)
Tawau – 126 (164)
Penampang – 123 (173)
Papar – 111 (167)
Keningau – 98 (100)
Kinabatangan – 83 (42)
Kota Belud – 81 (63)
Putatan – 73 (130)
Kota Marudu – 72 (91)
Lahad Datu – 68 (110)
Tenom – 62 (50)
Ranau – 51 (76)
Pitas – 50 (66)
Kudat – 44 (34)
Telupid – 32 (82)
Kunak – 30 (21)
Nabawan – 28 (18)
Tambunan – 26 (6)
Kalabakan – 24 (13)
Beluran – 19 (16)
Beaufort – 17 (24)
Tongod – 17 (21)
Sipitang – 13 (45)
Semporna – 11 (11)
Kuala Penyu – 3 (6)