Tanah Runtuh Musnahkan Makmal, Stor Wad TIBI Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu

Tanah Runtuh Musnahkan Makmal, Stor Wad TIBI Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu

0
SHARE
Tanah runtuh yang memusnahkan makmal dan stor wad Tuberkulosis (TIBI) Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu...

KOTA KINABALU, SABAH – Hujan lebat sejak dua hari lalu mengakibatkan tanah runtuh yang memusnahkan makmal dan stor wad Tuberkulosis (TIBI) Hospital Queen Elizabeth kira-kira pukul 11 malam, semalam.

Tiada kemalangan nyawa dilaporkan tetapi tiga (3) kereta dan satu (1) motosikal milik pekerja hospital ditimbus tanah.

Pihak telah memasang ‘sawar’ untuk mengelakkan kejadian lebih teruk jika kejadian berulang.

Sumber Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata hal ini kerana terdapat sebuah tangki air milik Jabatan Air (JANS) di bahagian atas kawasan runtuhan.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir. Shahelmey Yahya berkata, penyelenggaraan sedang dibuat oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Dewan Bandaraya (DBKK) dan syarikat Sedafiat bagi menstabikan keadaan cerun sebelum kerja-kerja pembaikan dapat diteruskan.

“Untuk menjaga keselamatan pekerja dan pesakit, pengarah hospital telah memberi arahan untuk mengosongkan dua block yang berhampiran kawasan cerun…

“Selain itu pihak Sabah Electricity (SESB) juga telah diarah untuk memantau tiang wayar dan mengalihkan mana yang boleh bagi mengurangkan risiko,” katanya semasa melawat kawasan kejadian pagi tadi.

Shahelmey (kedua kiri) melawat kawasan terjejas akibat tanah runtuh…

Katanya pusat rawatan Tibi masih boleh diteruskan seperti biasa kerana selepas pesakit dipindahkan ke blok bangunan yang lain.

Menurut Shahelmy, masalah banjir di khususnya di Pantai Barat Sabah adalah akibat fasa monsoon yang dijangka berterusan dari bulan September hingga November.

“Perubahan cuaca dan intensiti hujan yang tinggi menyebabkan banjir kilat…ini mungkin kesan perubahan iklim dunia…

“Saya menyeru Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk parit dan anak sungai diselenggarakan supaya bila terjadinya hujan berterusan air dapat disalirkan dengan lebih efisyen,” katanya.

Kawasan cerun bukit yang ditutup dengan kanvas bagi mengelak air diserap tanah…

Dalam pada itu, dia menyatakan Pusat Kawalan Operasi Bencana telah diaktifkan di seluruh negeri meskipun melihat penurunan paras air di Penampang.