Kemalangan Ragut Dua Nyawa Ahli Keluarga

Kemalangan Ragut Dua Nyawa Ahli Keluarga

0
SHARE

TANJUNG MALIM – Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 396, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat sini, awal pagi tadi.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Alza yang dinaiki tiga mangsa dilanggar dari belakang oleh kereta Proton Wira.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.34 pagi.

“Berikutan itu, sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa yang tersepit akibat kemalangan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, dua mangsa yang menaiki kereta Perodua Alza disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi penumpang kenderaan itu dan pemandu Proton Wira cedera.

Semua mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Slim River. Indentiti mangsa sehingga kini belum dikenal pasti.

Operasi diketuai oleh Penyelia Bomba Ibrahim Mat Isa, itu tamat kira-kira jam 3 pagi.