Seekor Lembu Alami Ketumbuhan Kaki Kelima Di China

Seekor Lembu Alami Ketumbuhan Kaki Kelima Di China

0
SHARE
Sumber Foto; Harian Metro

BEIJING, CHINA – Seekor lembu dengan kaki kelima tumbuh di belakangnya ditemui di Zhanjiang, China.

Lembu itu kini dilaporkan menjadi tarikan pelancong selepas orang ramai berpusu-pusu ke bandar itu untuk melihat keanehannya.

Haiwan itu dipercayai mengalami sejenis keadaan dikenali sebagai “polimelia” iaitu keadaan yang jarang berlaku yang melihat anggota badan tambahan terbentuk.

Menurut National Geographic, keadaan itu sangat luar biasa dan dianggarkan kurang daripada empat dalam setiap 100,000 anak ternakan baru lahir mengalaminya.

Namun, ia bukan yang pertama dilahirkan demikian rupa. Pada April lalu, seekor anak lembu di Qinlong County, menjadi tajuk utama kerana turut dilahirkan dengan kaki tambahan.

Malah dalam kejadian itu, anak lembu berkenaan ‘membawa’ anggota badan kembarnya yang tidak terbentuk sepenuhnya di belakangnya.

Kecacatan itu disebabkan pemisahan telur yang tidak sempurna dan kebarangkalian untuk ia berlaku hanya kurang daripada tiga peratus, menurut People’s Daily.