PENUNGGANG MOTORSIKAL BELASAH WARGA EMAS HANYA KERANA KEMALANGAN KECIL DIKECAM

PENUNGGANG MOTORSIKAL BELASAH WARGA EMAS HANYA KERANA KEMALANGAN KECIL DIKECAM

0
SHARE

SHAH ALAM, SELANGOR – Hanya kerana kemalangan kecil yang berlaku, seorang lelaki sanggup membelasah warga emas berhampiran jejantas di Padang Jawa di sini pada Ahad.

Ini selepas tular video yang dimuat naik di laman media sosial Facebook sejak semalam (Ahad) yang memaparkan seorang lelaki penunggang motorsikal membelasah teruk warga emas dipukul sehingga jatuh dipercayai berlaku di Padang Jawa.

Namun, tindakan penunggang motosikal tersebut kemudiannya berjaya dileraikan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Warga netizen turut mengecam tindakan penunggang motorsikal berkenaan kerana hanya pelanggarann kecil sahaja menyebabkan tindakan kasar itu berlaku.

“Sekalipun warga emas itu terlanggar dan berlaku kesilapan, kenapa mesti mengambil tindakan dengan memukul warga emas itu???,” kata mereka.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam iaitu Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan berkaitan kejadian itu dibuat mangsa kira-kira jam 2 petang.

“Siasatan dijalankan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa memandu bersama isteri dan cucu dipercayai dalam perjalanan ke Putrajaya…

“Semasa membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berada di sebelah kiri kereta mangsa telah menjerit dan memarahi mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Ahad yang dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa kemudian memberhentikan kenderaannya untuk memeriksa sekiranya ada perlanggaran.

“Malangnya, apabila mangsa keluar dari kereta, suspek terus bertindak menendang mangsa di dada kiri selain duduk atas badan mangsa dan menumbuk muka serta kepala mangsa bertubi-tubi…

“Akibat perbuatan suspek itu, mangsa mengalami bengkak bawah mata dan kepala serta sakit bahagian rusuk,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Iqbal berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan itu kemudiannya berjaya diberkas selepas kejadian.

“Suspek berumur 23 tahun itu telah ditahan untuk tindakan lanjut dan akan direman pada Isnin…

“Kes disiasat di bawah seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” katanya.