
KOTA KINABALU, SABAH – Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Keenam Belas bermula jam 10 pagi, pada Selasa.
Dimulai dengan bacaan doa oleh Timbalan Setiausaha DUN, Mohd Jayreh Jaya, seterusnya Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya mengendalikan sesi pertanyaan untuk jawapan lisan selama satu jam setengah dengan enam soalan sempat dijawab Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Pada jam 11.35 pagi, Kadzim meneruskan sesi perbahasan ke atas Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin pada 22 Mei lalu.


Mesyuarat tersebut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, timbalan-timbalannya, Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya, menteri-menteri dan pembantu-pembantu menteri serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong. — JABATAN PENERANGAN SABAH