Lebih Wajah Baharu Bertanding Barisan Kepimpinan Pemuda PBS

Lebih Wajah Baharu Bertanding Barisan Kepimpinan Pemuda PBS

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pergerakan Pemuda Pusat Parti Bersatu Sabah mencatat jumlah tertinggi penglibatan wajah baharu yang akan bertanding jawatan kepimpinan pada Persidangan Perwakilan Pemuda PBS kali Ke-36 yang akan berlangsung selama dua hari bermula 27 Jun ini.

Menurut Ketua Pemudanya, Christoper Mandut, penampilan muka baharu dalam pemilihan kali ini membuktikan PBS masih relevan di kalangan generasi muda yang mahu berjuang bersama parti ini.

“Saya difahamkan sejumlah 40 orang akan bertanding, yang mana 21 daripadanya adalah muka baharu … ini adalah suatu proses yang sihat…

“Harapan saya agar pemilihan kali ini dapat membawa bakat baharu dan segar, serta memperkukuhkan lagi Pergerakan Pemuda PBS, sekaligus membawa aspirasi anak muda ke peringkat lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Christoper berkata lagi, Exco Pergerakan Pemuda dan Wanita akan mengadakan perasmian serentak yang dirasmikan oleh Presiden Parti, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, disusuli pemilihan Pemuda dan Wanita pada 28 Jun ini.

Tambahnya, persidangan Perwakilan Pemuda kali ke-37 pula akan berlansung pada 29 Jun ini.

“Saya mengalu-alukan semua perwakilan ke persidangan yang akan berlangsung tidak lama lagi, dan saya berharap agar pemilihan kali ini berjalan dengan lancar demi keberlangsungan parti,” tambahnya.