
KOTA KINABALU, SABAH – Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bantu menurunkan seorang mangsa lelaki seberat 113 kilogram turun dari Bukit Botak di Sepanggar, sini, selepas mengalami serangan sesak nafas.
Seramai 13 anggota bertindak susulan panggilan kecemasan 11.11 pagi tadi ke lokasi berjarak 23 kilometer.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa berusia 30 tahun ditemui dalam keadaan sedarkan diri kira-kira 500 meter dari kaki bukit. Difahamkan, mangsa turut merupakan pengihadap asma.
“Pasukan bomba di bantu orang awam menurukan mangsa menggunakan pengusung selepas diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS bomba di lokasi kejadian.
“Mangsa menolak untuk di hantar ke hospital dan pasukan EMRS hanya menghantar mangsa ke tempat kediamannya.
“Operasi ditamatkan pada jam 1.45 petang,” kata seorang jurucakap agensi.
Di Sandakan, pada kira-kira 7.50 pagi, pasukan Bomba daerah bertindak menyelamatkan seorang warga emas berusia 86 tahun yang tergelincir di depan laluan tandas rumahnya di Taman Villa Permai, Jalan Sibuga.
“Sepasukan sembilan anggota bomba bertindak membuka pintu rumah yang terkunci dan unit perubatan EMRS memberi rawatan awal seterusnya menghantar mangsa ke Hospital Sandakan untuk rawatan susulan.
“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 8.36 pagi,” katanya.





