Kastam Kembalikan 110 Kilogram Emas Kepada Pembawa Di Tawau

Kastam Kembalikan 110 Kilogram Emas Kepada Pembawa Di Tawau

0
SHARE
Kastam
Logo Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) - ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Jongkong emas seberat 110 kilogram yang ditemukan di Lapangan Terbang Tawau pada Rabu, semalam, tidak melanggar Akta Kastam.

Oleh yang demikian, Penolong Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah Datuk Mohd Nasir Deraman berkata barangan terbabit telah dikembalikan kepada pembawa.

“Pada jam 11 pagi Selasa (6 Feb), pihak Polis Bantuan Lapangan Terbang Tawau telah menyerahkan jongkong emas berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media semalam.

Media turut melaporkan beberapa orang pembawa di tahan bersama jongkong emas di dalam bagasi penumpang ketika hendak berlepas dari Lapangan Terbang Tawau ke Kuala Lumpur.

“Siasatan lanjut mendapati jongkong emas adalah tidak tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, Perintah Kastam (Larangan mengenai Eksport) 2023 dan Permit Pergerakan di bawah Perintah Kastam (Larangan Pemindahan) 2022,” jelasnya.