Mayat Lelaki Warga Asing Tidak Sempurna, Ditemukan Dalam Mulut Buaya

Mayat Lelaki Warga Asing Tidak Sempurna, Ditemukan Dalam Mulut Buaya

0
SHARE
Sumber: Foto Ihsan JBPM Sabah

KINABATANGAN: Seorang lelaki warga asing ditemukan berada dalam mulut buaya pada jam 5.45 petang tadi selepas hilang dan dipercayai dibaham buaya di Ladang Limddale, Paris 2, Kinabatangan semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalluddin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua dimulakan pada jam 9.40 pagi hari ini dengan menggunakan bot penyelamat, menelusuri sungai di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Roberto Martinus, 48 tahun telah dijumpai oleh pasukan penyelamat pada jam 5.45 petang tadi yang berada di mulut buaya.

“Pihak polis seterusnya melakukan 12 das tembakan sehingga buaya berkenaan telah melepaskan mangsa.

“keadaan mangsa hanya dijumpai kaki sebelah kiri sahaja,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tindakan pengecaman mangsa dilakukan oleh ahli keluarga sebelum mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 6.15 petang.

Sebelum ini, mangsa warganegara Indonesia itu dilaporkan hilang dan dkhuatiri dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti memancing di sungai.