Dua Parah Kancil Bertembung Axia Di Simpang Ramayah

Dua Parah Kancil Bertembung Axia Di Simpang Ramayah

0
SHARE
Axia
Kenderaan mangsa dalam kemalangan awal pagi Ahad ( Sumber Foto: Ihsan IPD Penampang )

PENAMPANG, SABAH – Seorang lelaki berusia 41 tahun cedera di kepala manakala seorang wanita berusia 38 tahun cedera parah di kaki, selepas bertembung dua kenderaan di persimpangan berhampiran lampu isyarat Ramayah di Jalan Papar Lama – Kota Kinabalu, sini, pada Ahad.

Rakaman CCTV 26 saat kejadian 6.05 pagi yang membabitkan kenderaan Perodua Kancil dinaiki mangsa dan sebuah Axia telah tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Supt Sammy Newton berkata pemandu Axia, seorang lelaki berusia 38 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 133) yang memperuntukkan denda antara RM5,000 dan RM10,000 dan boleh dikenakan penjara maksimum 12 bulan jika disabit kesalahan buat kali pertama.

“Saksi kejadian diminta tampil memberikan maklumat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan.