KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri Sabah bercadang akan membenarkan rentas daerah mengikut ENAM (6) Zon bermula 1 Oktober ini.
Walau bagaimanapun, Masidi yang juga Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah berkata bahawa kebenaran itu bersyarat yang mana semua daerah dalam setiap zon hendaklah mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus (60%) penduduk lengkap menerima vaksin.
“Kita bercadang balik kepada sistem zon mulai 1 Oktober ini dengan syarat semua daerah dalam setiap zon mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk lengkap vaksin,” katanya dalam satu ciapan di Twitter miliknya malam ini.

ENAM (6) zon yang pernah ditetapkan sebelum ini ialah:
ZON 1 – Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar;
ZON 2 – Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang;
ZON 3 – Kudat, Kota Marudu dan Pitas;
ZON 4 – Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Tongod;
ZON 5 – Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan serta;
ZON 6 – Keningau, Tambunan dan Tenom.