Penunggang Motosikal Tular Cuba Lari Dari Pemeriksaan Polis Disaman di Apas

Penunggang Motosikal Tular Cuba Lari Dari Pemeriksaan Polis Disaman di Apas

0
SHARE

TAWAU: Seorang penunggang motosikal yang tular di media sosial cuba melarikan diri dari pemeriksaan polis di bulatan Batu 4, Jalan Apas pada Isnin lalu telah disaman.

Polis Tawau dalam satu kenyataan memaklumkan pada Isnin lalu (28 April), jam lebih kurang 7.50 pagi, dua orang anggota Trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau sedang membuat tugas ‘Point Duty’ di bulatan tersebut.

“Semasa mereka sedang menjalankan tugas melancarkan lalulintas, seorang penunggang motosikal berhenti dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila pemeriksaan hendak di buat, penunggang motosikal menjadi panik lalu terpulas minyak menyebabkan anggota Trafik terjatuh.

“Pada keesokan harinya sekitar jam 10.23 pagi, terkesan satu video dimuat naik di media sosial mempaparkan kejadian
penunggang motosikal cuba lari dari pemeriksaan polis.

“Hasil pemeriksaan mendapati penunggang motosikal yang berumur 28 tahun ada melakukan beberapa kesalahan Trafik dan sebanyak empat keping saman telah dikeluarkan ke atas penunggang motosikal tersebut,” jelas kenyataan itu di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Tawau menasihatkan orang awam agar memberi kerjasama kepada pihak Polis sekiranya mereka dalam bertugas dan hendak menjalankan pemeriksaan.