KOTA KINABALU: Keluarga besar Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) berduka atas pemergian mantan Penolong Setiausaha Pemudanya, Allahyarham Khazaruddin Haji Kahar yang meninggal dunia pada Jumaat.
Allahyarham yang berasal dari Tanjung Batu, Tawau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar KPJ Sabah, Kota Kinabalu sebentar tadi.
Pemergian Allahyarham meninggalkan seorang isteri serta empat anak, selain kesedihan mendalam dalam kalangan ahli keluarga, sahabat dan rakan seperjuangan yang mengenali beliau.
Sepanjang penglibatannya bersama PGRS, Allahyarham dikenang sebagai antara individu yang mencurahkan tenaga, masa dan komitmen dalam perjuangan parti serta khidmat kepada masyarakat.
Berita pemergiannya turut meninggalkan rasa kehilangan dalam kalangan keluarga besar PGRS, khususnya rakan-rakan yang pernah bersama Allahyarham dalam barisan Pemuda parti.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Tawau dan dijadualkan dikebumikan pada malam ini.
Pemergian Allahyarham bukan sahaja kehilangan besar buat keluarga yang ditinggalkan, malah seorang sahabat perjuangan yang jasa dan baktinya akan terus dikenang.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melapangkan kuburnya serta menempatkan rohnya dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.






