Bayi Yang Menonton Televisyen Selama 2 Jam Sehari Berisiko Hidap Autisme

Bayi Yang Menonton Televisyen Selama 2 Jam Sehari Berisiko Hidap Autisme

0
SHARE
Gambar Hiasan...

TOKYO, JEPUN – Menurut satu kajian, bayi lelaki yang menonton televisyen selama dua jam sehari adalah tiga kali ganda lebih berisiko untuk menghidap autism.

Menurut laporan MailOnline, kajian tersebut membandingkan tahap masa skrin dalam kalangan 84,000 bayi berusia satu tahun ketika mereka berumur tiga tahun.

Kajian tersebut dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Yamanshi di Jepun.

Dapatan kajian itu mendapati kanak-kanak lelaki yang terdedah kepada skrin televisyen selama dua jam sehari mempunyai kadar autism 3.5 kali lebih tinggi berbanding bayi yang tidak menonton televisyen.

Walau bagaimanapun, tiada hubung kait yang sama ditemui bagi kanak-kanak perempuan…

Penyelidik-penyelidik itu menemu bual ibu bapa kepada 84,000 bayi mengenai tempoh masa anak-anak mereka menonton televisyen pada usia satu tahun.

Mereka seterusnya ditanya sama ada anak mereka didiagnos dengan autisme antara usia dua ke tiga tahun, di mana tempoh masa ketika sindrom itu kebiasaannya dikesan.

Hasilnya mendapati bahawa 330 kanak-kanak (0.4 peratus) disahkan menghidap autisme pada usia tiga tahun dengan 251 adalah kanak-kanak lelaki dan 79 kanak-kanak perempuan.

Ini diburukkan lagi dengan pandemik Covid-19 yang telah mencetuskan perubahan pantas dalam gaya hidup, sekali gus meningkatkan masa menonton televisyen dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia.