KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mencipta kejutan terbesar apabila menyingkirkan pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen di pusingan kedua Seluruh England (All England) 2023 di Birmingham, awal pagi tadi (waktu tempatan Birmingham).
Memetik laporan Berita Harian, Tze Yong yang membuat penampilan pertamanya di kejohanan berprestij itu mempamerkan semangat juang tinggi untuk melakar kemenangan sensasi 21-15, 9-21, 23-21 menwaskan penyandang juara All England itu pada saingan pusingan kedua di Birmingham,dalam tempoh 69 minit untuk melangkah ke suku akhir.

Pemain ranking ke-28 dunia itu akan dijadual bertemu pemain China, Li Shifeng bagi perebutan tiket ke separuh akhir.
Sementara itu, nasib tidak menyebelahi beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin apabila terkandas di pusingan kedua selepas tewas di tangan pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana 18-21, 18-21.