SABAH PERLU AGIHAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN KESIHATAN LEBIH BESAR: KM HAJIJI

SABAH PERLU AGIHAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN KESIHATAN LEBIH BESAR: KM HAJIJI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, hari ini.

Hajiji diberi taklimat program dan projek pembangunan kesihatan yang telah dan akan
dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan di Sabah.

Hajiji mahu Menteri Kesihatan memberi keutamaan kepada Sabah dari segi agihan peruntukan pembangunan dan menaiktaraf fasiliti kesihatan di Sabah.

Katanya, Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai jumlah hospital dan klinik
kesihatan yang terbanyak di negara ini, dan kebanyakannya dalam keadaan usang dan
daif.

“Justeru, Sabah amat memerlukan agihan peruntukan pembangunan yang saksama
dan lebih besar berbanding negeri-negeri lain, termasuk untuk pembinaan baharu dan
menaik taraf infrastruktur dan fasiliti kesihatan sedia ada di negeri ini”, tegasnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Norhayati Rusli dan
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin.