243 Pasangan Pengantin Baru Di Tongod Terima Sumbangan Ihsan RM1,000

243 Pasangan Pengantin Baru Di Tongod Terima Sumbangan Ihsan RM1,000

0
SHARE
Masiung
Masiung menyampaikan sumbangan salah satu pasangan pengantin turut disaksikan oleh Grase dan PPM, Tokyo @ Hashim Omar (kiri sekali) - ( Sumber Foto: Ihsan Pejabat ADUN Kuamut )

TONGOD, SABAH – Sejumlah 243 pasangan pengantin direkodkan menerima sumbangan ihsan di daerah Tongod melibatkan perbelanjaan RM243,000 sejak program itu diperkenalkan pada April 2018.

Bantuan raja sehari yang pertama kali berkahwin itu diperkenalkan menerusi manifesto peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah semasa kempen Pilihan Raya Umum Negeri ke-14 pada April 2018.

Menerusi bantuan ihsan ini, setiap pasangan warga Tongod yang berkahwin menerima sumbangan RM1,000 untuk menampung perbelanjaan memulakan kehidupan baharu berumahtangga.

Semalam, Masiung dan isteri, Datin Grase E. Ebin menyampaikan sumbangan kepada 21 lagi pasangan pangantin dalam satu majlis di Kampung Alitang, Penangah dekat sini.

Pasangan pengantin berkenaan yang tiba di sebuah rumah rehat di kampung kelahiran wakil rakyat itu kebanyakanya mengenakan pakaian tradisi dan diraikan dalam satu majlis mengikut tradisi Orang Sungai.

Masiung yang terkenal dengan slogan “Tatap Kalaga” satu-satunya Wakil Rakyat di Sabah yang memperkenalkan bantuan kepada setiap pasangan raja sehari di kawasan beliau di Kuamut.