Kes Samun Bersenjata di Kedai Runcit LAHAD Datuk Berjaya Ditumpaska
LAHAD DATU: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu kes samun bersenjata yang berlaku di sebuah kedai runcit di Simpang Payang, Batu 7, Jalan Silam, Lahad Datu, yang berlaku pada 18 Januari lalu.
Dalam kejadian jam 4.35 petang itu, dua lelaki bersenjatakan pisau telah menyamun premis berkenaan dan melarikan wang tunai sebanyak RM1,200 serta dua kad tambah nilai.
Rakaman CCTV menunjukkan suspek mengacukan pisau ke leher mangsa sebelum melarikan diri menaiki sebuah motosikal.
Hasil siasatan dan risikan, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Lahad Datu dengan kerjasama BSJD IPD Sandakan berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun di perkarangan Balai Polis Sandakan pada 23 Mei 2025.
Suspek mengaku terlibat dalam kejadian dan didapati mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan kecurian.
Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada 24 Mei 2025 bagi tujuan siasatan lanjut.
PDRM menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras jenayah demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.






