Warisan Bertanding Solo, Teliti Kerusi PRN Sabah Ke-17

Warisan Bertanding Solo, Teliti Kerusi PRN Sabah Ke-17

0
SHARE

TUNGKU: Parti Warisan menegaskan pendiriannya untuk bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, tanpa menyertai mana-mana gabungan politik sedia ada.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, parti itu akan menilai dengan teliti kerusi-kerusi yang akan ditandingi, dan tidak akan meletakkan calon di semua 73 kerusi DUN secara tergesa-gesa.

“Kita tidak ikut nafsu dalam meletakkan calon, sebaliknya kita akan lihat sokongan rakyat terlebih dahulu. Kalau rakyat mahu wakil Warisan dan kita yakin boleh menang, kita akan bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Jelajah Presiden Warisan PRN 17 di DUN Tungku, pada Sabtu.

Dalam majlis sama, beliau turut melancarkan jentera PRN Parti Warisan bagi kawasan tersebut sebagai persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.