TELUPID, SABAH – Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Bauto sini semalam ditemui hari ini.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua dimulakan pada jam 8.20 pagi di sepanjang pesisir sungai menggunakan Bot bersama Polis dan orang awam.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa, Idham Olah, 46, ditemui pada jarak 6 km dari lokasi mangsa dikhuatiri hilang.
“Pasukan bomba menjumpai mayat mangsa pada jam 10 pagi bersama orang awam yang seterusnya disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis…
“Tindakan pasukan Bomba mengangkat mangsa dan menyerahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil menambah operasi tamat pada jam 11.05 pagi.
Terdahulu pada Ahad, Balai Bomba dan Penyelamat Beluran menerima panggilan berhubung kes pada jam 11.43 pagi
Pencarian 200 meter sepanjang sungai dari mangsa mula hilang diaktifkan pada hari yang sama namun ditangguhkan pada jam 3.52 petang kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan.