LOS ANGELES, AS – Dalam satu kejadian yang mengejutkan, pelakon ternama dunia Will Smith telah menampar selerbriti Chris Rock di pentas anugerah Academy Awards.
Kejadian tersebut berlaku kerana Chris Rock, 57 mempersendakan isteri Will Smith, Jada Pinkett Smith yang berwatakan imej botak.
Pinkett Smith, 50, telah mencukur kepalanya kerana keguguran rambut yang disebabkan keadaan perubatan bernama alopecia. Sebelum ini, beliau sudah menjelaskan keadaanya.
Insiden tersebut telah mengejutkan ramai penonton, apabila Will Smith naik ke pentas dan menampar pelawak komedi itu…
Will Smith juga mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Chris tetapi para penonton tidak berpeluang mendengar apa yang keluar dari mulutnya keran audio tersebut telah ditutup.
Sebelum kejadian, Chris yang juga seorang pelawak terkenal mula bergurau dengan penonton dan sebaik terpandang wajah Smith dan Jada, dia membuat keputusan bersenda dengan pasangan suami isteri itu.
Bagaimanapun, beliau tidak menyedari tindakannya telah mengundang kemarahan Will Smith yang juga calon bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard.
Dalam gurauanya, Chris Rock telah membuat jenaka yang membandingkan rambut Jada Pinkett Smith sama dengan penampilan Demi Moore dalam filem “GI Jane” dan mencadangkan dia muncul dalam sekuel filim tersebut.
Akhirnya, tindakan beliau itu telah membuatkan Will Smith, menganggap ianya bukan sebagai satu gurauan, sebaliknya, tindakan itu satu penghinaan.