KOTA KINABALU, SABAH – Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Hajah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang yang mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Kota Kinabalu telah diraikan dengan Majlis Makan Malam di Sabah International Convention Centre (SICC), semalam.
Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag.
Majlis Makam Malam itu turut diserikan dengan hiburan santai, termasuk persembahan tarian kebudayaan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah…
Antara yang hadir pada majlis makan malam itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Puan Flovia Ng.
Hajah Juma’ani berada di Sabah sejak 8 Jun (Rabu) lalu. Selain di Kota Kinabalu, beliau dan rombongan juga akan melawat Kundasang.





