PAPAR, SABAH – Sebanyak 40 kenderaan terbakar dalam kebakaran bengkel terletak di Batu 1 Taman Bengomes, sini, pada petang Khamis semalam.
Insiden kira-kira tiga petang itu melibatkan kawasan tempat letak kenderaan yang rosak dan tidak dituntut seluas satu ekar.
Menurut seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, pelbagai jenis kenderaan terbakar 80 peratus.
“Pasukan bertindak menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran tiga pancutan sumber air dari tangka jentera dan pili bomba berhampiran.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi terkawal padam 3.08 petang,” katanya sambil menambah operasi tamat pada 4.26 petang.