Pil Paxlovid Mampu Kurangkan Kemasukan Ke Hospital Akibat COVID-19

Pil Paxlovid Mampu Kurangkan Kemasukan Ke Hospital Akibat COVID-19

0
SHARE
Pil antiviral COVID-19 Paxlovid...

LOS ANGELES – Pil anti COVID-19 Paxlovid dapat membantu mengurangkan risiko kemasukan ke hospital untuk penyakit berkaitan COVID-19 di Amerika Syarikat (AS).

Menurut Pengarah Pejabat Penyakit Berjangkit, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS, John Farley, ubat yang terbukti berkesan itu kini boleh didapati secara meluas di farmasi sekitar negara itu.

“Terdapat bukti saintifik Paxlovid mampu mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian pesakit COVID-19 ringan hingga sederhana dan yang berisiko menjadi lebih serius…

“Paxlovid juga dijangka berkesan terhadap varian Omicron,” katanya, yang dipetik agensi berita Xinhua.

FDA membenarkan penggunaan Paxlovid pada Disember 2021 untuk rawatan COVID-19 ringan hingga sederhana pada pesakit dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas dengan berat sekurang-kurangnya 40 kilogram.

Walaupun bilangan kemasukan ke hospital akibat COVID-19 menurun mendadak sejak awal 2022, sesetengah pesakit berisiko tinggi masih perlu dirawat di hospital.

FDA melaporkan bahawa rawatan awal dengan Paxlovid dan terapeutik lain yang dibenarkan atau diluluskan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit menjadi lebih teruk.

Minggu lalu, Naib Presiden AS, Kamala Harris turut diberikan Paxlovid selepas disahkan positif COVID-19.

Kamala Harris…

Paxlovid mengandungi nirmatrelvir dan ritonavir dan terdapat dalam dua dos berbeza, satu untuk dos standard dan satu untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan buah pinggang.